Dalam sama ada sengaja atau tidak dan dikategorikan

Dalam era
pembangunan yang maju, pembangunan tanpa limitasi merupakan sesuatu perubahan yang
semakin giat berlaku di negara kita. Kemajuan dalam  sektor perindustrian telah memberi impak negatif
tentang sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap bumi kita. Adakah
kita ingin membiarkan alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa ini  terjejas semata-mata untuk mengejar kemajuan?

            Pencemaran alam sekitar boleh didefinasikan
sebagai suatu perbuatan yang mengotorkan alam sekitar sehingga boleh
menjejaskan ekosistem di muka bumi. Pencemaran alam sekitar merupakan satu krisis
yang tidak dapat dielakkan oleh sesebuah negara yang maju seperti negara kita sehingga
mencalarkan nama negara. Pelbagai projek sosio ekonomi pesat membangun untuk
meningkatkan taraf pembangunan negara tetapi sebagai masyarakat, kita tidak
peka serta tidak mengambil berat tentang keburukan dan kesannya terhadap alam
sekitar. Kita sebagai penghuni di alam semesta ini, mempunyai tanggungjawab
untuk memastikan kondisi alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan yang baik
dan indah. Selain daripada itu, kita perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penjagaan
alam sekitar dan memikirkan cara-cara  untuk menambah baik alam sekitar.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

            Terdapat pelbagai cara pencemaran  boleh berlaku ia hanya terbahagi kepada dua
jenis. Sebagai penghuni yang bertanggungjawab, kita sepatutnya mengenali tentang
bagaimana caranya berlaku pencemaran di bumi kita ini. Antara dua jenis cara pencemaran
adalah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi dan faktor manusia. Pencemaran
yang disebabkan oleh faktor semula jadi adalah berlakunya bencana alam seperti
letusan gunung berapi, gempa bumi, dilanda ribut taufan dan lain-lain. Manakala
pencemaran oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samadanya
sengaja atau tidak antara nya ialah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran
bunyi, pencemaran tanah dan sebagainya. Pencemaran udara berlaku disebabkan gas-gas
beracun yang dikeluarkan oleh kilang, zarah-zarah yang terhasil dari asap kenderaaan,
asap-asap dari pembakaran secara terbuka dan lain-lain. Pencemaran air terjadi
apabila pembuangan air kumbahan, sia-sisa kimia oleh kilang perindustrian,
pembuangan sampah ke dalam laut dan sebagainya. Pencemaran bunyi disebabkan
oleh bunyi bising yang dihasilkan oleh kilang atau pengangkutan awan dan lain-lain.
Pencemaran darat seperti aktiviti pembalakan, pembuangan plastik di merata
tempat, pembuangan sisa-sisa kimia dan lain-lain.

            Pencemaran plastik merupakan salah satu
jenis pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh manusia sama ada sengaja
atau tidak dan dikategorikan dalam jenis pencemaran darat. Plastik merupakan
barang  seharian yang sentiasa digunakan
oleh orang misalnya plastik digunakan untuk membungkus makanan dan plastik straw
digunakan untuk minuman di tempat makan, plastik beg digunakan semasa membeli
barang di kedai walaupun satu barang yang kecil dan banyak lagi. Orang pasti
tertanya apa masalahnya dengan plastik, kenapa plastic merupakan masalah
pencemaran alam sekitar? Masyarakat tidak menyedari bahawa plastik atau barang
yang diperbuat daripada plastik mempunyai banyak keburukan dan bukannya semua barang
yang diperbuat daripada plastik boleh dikitar semula. Pelbagai jenis plastik digunakan
dalam kehidupan seharian tetapi bukannya semua orang dapat membezakan jenis-jenis
plastik ini dan menggunakannya dengan cara yang betul. Gambar rajah di bawah
merupakan jenis-jenis plastik yang digunakan dalam kehidupan berserta fungsinya.Pembuangan plastik tanpa kawalan merupakan satu faktor yang boleh
menyebabkan pemusnahan alam sekitar. Plastik menjadi berbahaya kerana ia
diperbuat daripada bahan kimia dan sukar untuk dihapuskan. Ia mengambil masa berdekad
atau berabad-abad untuk menjadikan sisa plastik lupus sepenuhnya. Banyaknya
kesan buruk  plastik ini Cuma kita
sendiri yang atau masyarakat sahaja yang tidak ambil tahu tentang keburukannya.Isu-isu berkenaan dengan pencemaran plastik kerap dipaparkan dalam surat
khabar , televisyen dan media sosial. Isu pencemaran plastik merupakan isu global
yang perlu di beri perhatian oleh orang ramai dan isu ini hendaklah
dibincangkan,dan difikirkan untuk  ditangani bersama-sama.

Salah satu langkah untuk mengatasi masalah pencemaran plastik adalah konsep
Zero waste. Konsep zero waste merupakan satu konsep untuk
mengurangkan sampah atau sisa yang bakal dibuang ke tempat pelupusan. Konsep zero waste menerapkan prinsip 3R iaitu (Reduce, Reuse dan Recycle) dan terhasilnya prinsip 5R iaitu (Refuse, Reduce, Reuse,
Recycle dan Rot). Secara mudahnya,
konsep ini mendorong kita menolak dan mengurangkan apa yang tidak perlu dalam
kehidupan (Refuse), meminimakan sisa lebihan
(Reduce), memastikan barang boleh
diguna semula (Reuse), memaksimakan
kitar semula (Recycle) dan kompos sisa
makanan untuk menjadikan baja (Rot).
Konsep zero waste ini lebih luas dan
lebih lengkap berbanding dengan konsep kitar semula ini kerana konsep kitar
semula bermula apabila terdapat sampah manakala konsep zero waste bermula seawal proses penciptaan barangan

dan konsep ini melibatkan pihak
pengguna, pengeluar dan banyak lagi.Selain daripada konsep zero waste,
peranan kerajaan amat penting dalam menangani masalah pemcemaran plastik di
negara ini. Ini kerana pihak kerajaan mempunyai  kuasa untuk membuat keputusan dalam pengurusan
dan penggunaan plastik. Contohnya kerajaan boleh membuat pemantauan ke atas agensi
yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang seperti Jabatan
Alam Sekitar (JAS) supaya sentiasa peka terhadap pencemaran plastik.

            Secara kesimpulannya, kita tidak
sepatutnya meletakkan segala masalah di atas bahu kerajaan sahaja. Kita sebagai
rakyat yang bertanggungjawab seharusnya berganding bahu dengan kerajaan dan
memainkan peranan masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar. 

x

Hi!
I'm Shane!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out