Jika ” aku dipanggil oleh tuan-tuan Inggeris yang

Jika
dibandingkan dengan karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh abad ke-16 hingga
Perang Dunia II lebih banyak didapati telah diselenggarakan oleh penulis-penulis
Barat berbanding dengan penulis tempatan. Namun demikian bukanlah bermakna
masyarakat Melayu belum mempunyai tradisi persuratan. Tetapi menurut pendapat
Khoo Kay Kim, kebanyakan golongan penulis adalah terdiri dripada golongan agama
yang lebih cenderung untuk menghasilkan penulisan berbentuk kitab-kitab agama
daripada menghasilkan karya-karya sejarah.1

 

Penulisan
karya-karya sejarah Melayu pada tahap kolonial dapat dilihat dengan penghasilan
sebuah penulisan yang berjudul Adat Raja-raja Melayu. Meskipun
terdapat beberapa versi naskhah ini namun isi kandungan dan bahasanya
menunjukkan ia mempunyai persamaan. Dalam karya ini dimuatkan juga peraturan
keturunan bagi golongan atau bangsa raja, gelaran menteri, “Asal-usul Nama
Melayu” dan fasal larangan. Muhd. Yusof Ibrahim mengklasifikasikan naskah ini
penting sebagai sumber sejarah.2

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Selepas karya ini, terdapat
sebuah tulisan yang berjudul Bahawa Ini Cerita Kapal Asap3,
yang merupakan satu karya menceritakan ketibaan kapal asap yang pertama di
Singapura. Karya ini mengandungi unsur sejarah iaitu menceritakan sejarah asal
dan kegunaan kapal asap. Terdapat juga kritikan sosial yang dimuatkan dalam
karya ini. Bentuk kritikan disampaikan dalam bentuk pesanan, nasihat malah
mahukan orang Melayu mengubah sikap dan jangan terlalu mengikut telunjuk dan
memuliakan orang Arab. Sungguhpun begitu, karya ini bukanlah sebuah karya
pensejarahan yang lengkap, namun catatan tentang kapal asap itu boleh dianggap
sebagai sejarah, manakala kritikan sosial yang terkandung dalam karya ini jelas
memaparkan keadaan atau minda masyarakat Melayu pada ketika itu.

1 Khoo Kay Kim, Pensejarahan Malaysia,
Syarahan  Tun Seri Lanang…hlm. 3. Menurut beliau terdapat dua faktor
yang mendorong seseorang penulis mengarang: (a) ingin menyebarkan ajaran dan
pengetahuan agama , (b) bagi mengharumkan keagungan sesuatu wangsa atau
pemerintah.

2 Muhd. Yusof Ibrahim, Pensejarahan
Melayu 1800-1960,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994…hlm. 78.
Karya ini memberi gambaran tentang struktur masyarakat dan upacara yang
diamalkan oleh golongan atas masyarakat Melayu tradisi.

3 Karya ini ditulis dalam tulisan jawi
setebal 86 halaman pada tahun 1830 Masihi tetapi tiada dinyatakan nama
pengarangnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa karya ini dihasilkan oleh
Abdullah Munshi berdasarkan kata awalannya yang dinyatakan : ” aku dipanggil
oleh tuan-tuan Inggeris yang diam di dalam negeri Singapura pergi melihat kapal
asap yang baru datang dari negeri Inggeris yang bernama “Sisteris”. Lihat
ibid., hlm. 78

x

Hi!
I'm Shane!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out